Judul : Di Denai Kehidupan
Penulis : Awang Sariyan
Harga : RM25.00
Tahun : 2016
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka
KARYA terbaharu hasil nukilan Awang Sariyan, Di Denai Kehidupan memuatkan 143 buah puisi yang membawa tema seperti moral Islam, perjuangan bangsa dan negara, pembinaan akal dan budi bangsa dan agama sebagai tonggak peradaban bangsa, serta pembentukan jati diri dan wawasan bangsa, yang bertunjangkan ilmu pengetahuan. Awang Sariyan berinteraksi dengan pembaca dengan pelbagai bentuk puisi Melayu, seperti pantun, gurindam, syair dan seloka warisan leluhur. Melalui interaksi ini, Awang Sariyan memberikan kesan kepada hati pembaca dengan menerangkan maksud perjuangan, sama ada perjuangan diri atau perjuangan terhadap pertiwi melalui kaca mata ilmu dan mempersembahkannya dengan bahasa puitis yang tinggi nilai estetikanya.